ABOUT ME

ABOUT ME  


 


Assalamualaikum semua!
Selamat datang ke blog daun hijau.

Untuk pertama kalinya aku menulis dekat blog ni aku nak ceritalah serba sedikit pasal diri aku ni. Nama panjang aku Nur Ain Lisyarafiha Bt Ahmad, umur aku sekarang dah 22 tahun. Nak kata muda tak juga tapi tak terlalu tua😅.Aku dilahirkan dan dibesarkan di Besut, Terengganu. Aku merupakan anak ke lapan daripada 10 orang adik beradik. Ramai kan??Tapi bila raya seronok ramai orang 😍..Aku ada 8 org anak saudara, 3 orang lelaki selebihnya semua perempuan. Keluarga aku ni memang ramai perempuan, adik beradik aku pon 8 perempuan 2 lagi lelaki. Tapi sejak kakak aku dah 4 orang berkahwin, kaum lelaki dalam keluarga aku pun dah bertambah.

Sebelum aku sambung belajar dekat Universiti Putra Malaysia, aku ambil STPM di SMK Nasiruddin Shah, 30 minit dari rumah aku. Alhamdulillah sekarang aku dah masuk tahun kedua di UPM 💓.






Comments