LIFESTYLE

 LIFESTYLE 

Assalamualaikum kawan kawan!

Life aku simple je..tapi bagi akulah taktaulah bagi orang lain yang tengok aku ni macam mana.


Mendaki bukit ni antara aktiviti yang paling aku suka dan paling kerap aku buat...Aku tak tau kenapa tapi jiwa aku memang jiwa yang sukakan aktiviti yang lasak sikit taklah lasak sangat.

Aku selalu hiking dengan kawan kawan..Dengan keluarga? hahaha pernah sekali dua je sebab keluarga aku bukan jenis hiking..Ada je yang pernah hiking tapi tak selalu macam aku..Tapi takpelah kawan-kawan aku kebanyakannya suka mendaki bukit juga..Jadi aku ada genglah..


Aku pun suka juga buat aktiviti macam ni..Dulu aku dah pernah main kayak sekarang aku main lagi sebab main kayak ni best walaupun kadang-kadang fikir juga takut jatuh dalam air😂..HAHAHAH..Aku pernah juga main flying fox masa sekolah dulu..Mula-mula naik takut tapi bila naik rasa nak naik lagilah pulak😜. 


Satu lagi aku suka sangat pergi pantai..tak kesahla buat apa pun tapi aku suka dan aku tahu ramai lagi yang suka pergi pantai kan.. Biasalah menikmati indahnya ciptaan Allah..Aku selalu sangat pergi pantai dengan keluarga dengan kawan-kawan..Seronok!!😍😍


Selain daripada lepak dekat pantai, aku dengan kawan aku pun selalu lepak dekat kedai makan. Dulu masa sekolah tingkatan 6, lepas sekolah je kitorang pergi makan bihun sup ke maggi celup ke apa apa jelah asalkan boleh makan😂. Cafe-cafe area Besut pun kitorang selalu pergi..Pantang ada cafe baru buka mesti kitorang nak pergi cuba makanan kat situ..Biasalah aku ni penggemar makanan..Gambar kat atas tu lah bukti yang kitorang kalau keluar makan memang selalu ambil gambar makanan dulu sebelum makan..

Aku ni takdelah bebas sangat kalau bab keluar sebab yelah kalau keluar pun kena sebut dulu keluar dengan siapa dan pergi mana..Selalunya aku memang keluar dengan orang yang sama je..Tapi kena pandailah takkan hari-hari nak keluarkan nanti kena marah pulak..Kena ada juga waktu kat rumah ni...


Sekian dari aku✌

Comments