ACADEMIC

ACADEMIC 


    Assalamualaikum kawan-kawan!

                              

2006 : Pra Sekolah di Sekolah Kebangsaan Padang Luas

Aku mendapat pendidikan pertama masa aku umur 6 tahun..Aku ingat lagi saetiap pagi nak pergi sekolah mak aku selalu ikatkan rambut aku..Rindunya zaman ni.



2007-2012 : Sekolah Kebangsaan Padang Luas

Pendidikan rendah aku dekat Sek. Keb. Padang Luas. Banyak sangat kenangan kat sini yang tak boleh dilupakan..



2013-2017 : Maahad Muhammadi Perempuan

Pendidikan menengah aku dekat Maahad Muhammadi Perempuan Kota Bharu, Kelantan. Fuh kalau nak cerita pasal sekolah ni tak habis satu hari..Terlalu banyak kenangan dan pengalaman aku kat sini..Sekolah ni sekolah perempuan je..Seronok sebab nak buat apa-apa dalam kelas tak fikir pasal apa pun sebab semua perempuan kan. Tapi ada lah guru ustaz lelaki tu..Tapi ustaz ni dia tak lalu sesuka hati je depan kelas haa...Mula-mula masuk maahad aku terkejut dengan subjek yang disajikan hahahahha banyak weh 23 subjek..subjek agama dengan subjek aliran biasa ada sekali dalam tu..Dengan hari perhimpunan yang terlalu ramai weh dekat 3000 pelajar..Ramai woo..Aku tak tahu kenapa dulu aku bersungguh-sungguh nak masuk maahad sampai aku buat yang terbaiklah dua kali temuduga tu...Alhamdulillah sekarang aku faham kenapa Allah gerakkan hati aku nak masuk maahad, banyak benda aku belajar kadang tu soal agama yang aku tak tahu aku jadi tahu...Terima kasih murabbi-murabbi yang mengajar aku dekat sana..Terima kasih kawan-kawan yang berkawan dengan aku ada dengan aku sampai sekarang..Sayang korang💓




2018-2019 : Sekolah Menengah Kebangsaan Nasiruddin Shah (STPM)

Okay ni sekolah tempat aku ambil STPM..Dalam otak aku tak pernah terfikir akan masuk sekolah ni..Sebab aku tak pernah merancang untuk ambil STPM..Dulu aku punya rancangan cuma nak ambil STAM dekat maahad je..Tapi perancangan Allah lebih baik dan sangat terbaik untuk aku..Aku sangat bersyukur sebab Allah aturkan perjalanan aku masuk STPM, dekat sini aku kenal orang baru dalam hidup aku..Ni lah gambar rakan sekelas aku, diorang semua baik-baik..Dan mula-mula aku masuk aku seorang pemalu..HAHAHAH...malulah sebab aku tak biasa dengan suasana yang ada lelaki, 5 tahun aku sekolah takde rakan sekelas lelaki..Lama kelamaan aku terbiasa dan kawan-kawan lelaki aku ni semua baik dan sporting mat saleh cakap...Rindu weh zaman borak-borak kosong dalam kelas..Fuh salah satu tempat yang akan aku ingat sampai bila-bila.💛



2020-Sekarang : Universiti Putra Malaysia.

Sekarang aku bergelar seorang mahasiswi di UPM..Terima kasih Allah untuk peluang yang diberikan kepada aku..


Sekian dari aku✌








Comments