BBM 3410

PODCAST

Bagi kuliah minggu ini, kami diminta untuk melakukan pembentangan mengenai podcast yang dipilih sendiri. Kami perlu menerangkan sedikit sebanyak tentang podcast yang telah dipilih dari segi latar belakang pemilik podcast, tarikh podcast tersebut di muatnaik di media sosial dan banyak lagi. 

Jadi saya telah memilih genre seram kerana pada minggu ni saya sangat suka melihat podcast mengenai kisah seram yang benar-benar berlaku bukan rekaan semata-mata. Saya suka dengar pengalaman mereka yang diganggu oleh makhluk yang kita tak boleh nampak. Tapi ada sesetengah manusia diberi kelebihan dapat melihat makhluk halus ini. Kebiasaannya saya akan menonton podcast seperti ini sebelum saya tidur pada waktu malam. Jadi saya telah memilih video seram dari channel youtube Seismik TV, sebab memang saya banyak menonton video seram di channel youtube ini. Jadi tidak ada sebarang masalah untuk saya melakukan tugasan ini.




Kehadiran : 15/06/2022 (Rabu)


Comments