BBM 3410

KETIKA DAN KALIMAT

Kelas pada hari ini merupakan kelas amali multimedia yang terakhir untuk semester ini. Sekejap je masa berlalu. Dulu mula-mula kelas rasa lambat lagi minggu-14 sekarang dah habis dah tunggu final dan habislah semester 4. 

Ketika dan kalimat ialah tugasan individu yang terakhir dari prof untuk kami semua. Tugasan yang sangat mudah memerlukan jari untuk menaip dan hati yang ikhlas untuk meluahkan rasa, pendapat dan pengalaman sepanjang 14 minggu kelas multimedia dalam bahasa berjalan. Kelas ini sepenuhnya berjalan secara dalam talian. Walaupun dalam talian, tidak menghalang kami untuk melakukan tugasan dengan sempurna. Ramai rakan sekelas yang tinggal di kolej dan ramai juga yang tinggal di rumah seperti saya. 

Pengalaman dan apa yang saya alami sepanjang kelas ini tiada yang luar biasa. Pada awal melakukan tugasan yang diberikan saya tidak merasakan apa-apa yang menyusahkan saya sebab boleh di katakan saya terima dengan hati terbuka dan melakukan tugasan dengan bersahaja. Tetapi lama-kelamaan tugasan menjadi sedikit rumit, maka bermulalah saya mengeluh sedikit tapi kata-kata prof sentiasa menaikkan semangat saya semula. Masa prof menyuruh kami untuk membuka akaun instagram, twitter, dan facebook saya tidak menganggap ianya suatu beban sebab semua tu memang saya ada cuma twitter dan facebook tidak seaktif di instagram. Minggu berikutnya prof menyuruh kami semua untuk membuka akaun tiktok..Ahhaa tiktok ni memang sangat akrab dengan saya sebab saya selalu sangat main tiktok tetapi untuk diri sendiri jelah tkdelah post public dekat tiktok untuk setakat ini. 

Semasa melakukan tugasan video kumpulan, saya dengan rela hati membeli tiket bas untuk ke kolej untuk menyiapkan tugasan video ini bersama ahli kumpulan yang lain.  Tidak ada sebarang paksaan dari pihak prof atau pihak ahli kumpulan saya. Semuanya atas diri saya sendiri dan kerelaan saya sendiri untuk menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Saya tidak mahu mementingkan diri sendiri, saya nak hasilkan video yang mempunyai kesungguhan yang prof boleh nampak. Saya tak nak disebabkan saya markah kumpulan saya rendah kalau boleh saya nak yang sebaliknya. 

Prof. Normaliza sentiasa memberikan kata-kata semangat kepada kami dan sentiasa bertolak ansur. Bukan bodek ya saya ikhlas. Prof Normaliza seorang prof yang sangat sempoi steady and cool. Saya suka cara prof mengajar, walaupun prof nampak macam kasar tapi prof sangat memahami kami semua. Prof sebolehnya tidak mahu membebankan kami seperti tugasan video tempoh hari. Prof tidak mahu kami ke kolej dalam keadaan yang terpaksa atau membebankan kami. Prof sentiasa menyediakn cara yang meringakan beban kami. Paling penting Prof. Normaliza prof paling steady and cool sepanjang saya belajar di UPM. 

Terima kasih Prof. Normaliza kerana telah membimbing dan mendidik kami dengan baik. Semoga jasa Prof. di balas dengan kebaikan dunia dan akhirat..Aamiin.. Semoga kami sekelas memperolehi A dalam subjek Multimedia Dalam Bahasa..Aamiin..

TERIMA KASIH PROF. NORMALIZA!!




Gambar kenangan bersama separuh ahli kumpulan Atma Perwira Production






Comments